Banner 468

Featured entries

Gerhana 2011 - bahagian Ketiga

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Kejadian gerhana telah berlaku sebanyak 6 kali disepanjang tahun 2011.

1. Gerhana Matahari Separa 4 januari 2011
2. Gerhana Matahari Separa 1 Jun 2011
3. Gerhana Bulan Penuh 15 Jun 2011


Gerhana bulan pertama tahun 2011 berlaku pada 15 Jun 2011 kira-kira 7 ° barat Nebula Lagoon (M8). Bulan melalui bayang-bayang umbral Bumi dalam tempoh yang agak panjang iaitu kira-kira 100 minit. Gerhana terakhir melebihi tempoh ini adalah pada bulan Julai 2000.
  




Video dan gambar kejadian gerhana bulan 15 Jun 2011 
[ Read More ]

Gerhana 2011 - bahagian Kedua

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Seperti yang diketahui, terdapat 6 kejadian gerhana disepanjang tahun 2011.

1.Gerhana Matahari separa 4 Januari 2011
2. Gerhana Matahari separa 1 Jun 2011

Gerhana matahari separa berikutnya berlaku pada awal bulan Jun. Ianya boleh dilihat dari latitud tinggi di Hemisfera Utara. Gerhana bermula pada waktu matahari terbit di Siberia dan utara China di mana bayangan penumbra pertama menyentuh Bumi di 19:25:18 UT. Dua jam kemudian, gerhana terbesar berlaku pada 21:16:11 UT. Pada masa itu, gerhana 0,601 magnitud akan dapat dilihat dari pantai Artik barat Siberia. Kebanyakan negara seperti Alaska dan utara Kanada akan menyaksikan gerhana separa ketika ini






Gambar dan video kejadian gerhana matahari 1 Jun 2011 

[ Read More ]

Gerhana 2011 - bahagian Pertama

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Menurut laman web NASA (www.nasa.gov), pada tahun 2011 berlaku 6 kejadian gerhana diseluruh dunia. 2 daripadanya ialah gerhana penuh

Berikut adalah maklumat mengenai kejadian gerhana yang telah berlaku di sepanjang tahun 2011

1. Gerhana Matahari separa 4 Januari 2011


Gerhana matahari pertama tahun 2011 berlaku pada awal bulan januari dibahagian timur Sagittarius. Gerhana separa dapat dilihat dari Eropah, Afrika Utara dan Asia Tengah

Bayang-bayang penumbra mula-mula menyentuh permukaan Bumi di utara Algeria di 06:40:11 UT. Sebagai bayang-bayang bergerak timur, Eropah Barat akan akan dapat melihat gerhana separa pada waktu matahari terbit. Penduduk dari bandar-bandar Eropah seperti Madrid, Paris, London dan Copenhagen akan memdapat peluang terbaik untuk melihat gerhana matahari terbit dengan pemandangan latar yang menarik.
 


Video kejadian gerhana matahari 4 Januari 2011


Gambar-gambar kejadian gerhana matahari 4 Januari 2011
[ Read More ]

Bila agaknya gerhana matahari berikutnya akan berlaku

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Di bawah disertakan widget untuk menentukan bila dan dimanakah gerhana matahari akan berlaku.
Seperti yang dinyatakan di dalam widget ini, gerhana matahari akan berlaku pada hari : 


ISNIN, 21 MAY 2012

Gerhana akan datang ini nampaknya akan kelihatan juga di Malaysia (rujuk peta), jadi.. sama-sama lah kita tunggu...

[ Read More ]

Gambar Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

From : http:://muslimbukhari29.blogspot.com
Photoshoot : Planetarium Negara

Nota : Kejadian gerhana bulan merupakan salah satu fenomena alam semula jadi yang begitu menarik dan hebat. Berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dikedudukan selari dimana bayang bumi akan menutupi bulan. 
Satu fenomena gerhana bulan telah berlaku pada 10 Disember 2011 yang lepas dan di bawah ini adalah gambar -gambar yang tekah diambil..

















Sangat menarik kan...
[ Read More ]

UNICEF Malaysia - Campaigns - Teach respect

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

[ Read More ]

Video Gerhana Matahari

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -


Video Kejadian gerhana matahari pada 15 Januari 2010

 

Untuk melihat video berkaitan dengan kejadian GERHANA MATAHARI dan juga sesi PENGAJARAN MIKRO berkaitan perkara tersebut, KLIK  DISINI 
[ Read More ]

Kejadian Gerhana Matahari

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Rahsia disebalik Kejadian Gerhana Matahari menurut perspektif Islam

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:

سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.” 

Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata’la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata’ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم (رواه البخاري ومسلم)

   Maksudnya: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah 2 bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah Ta’ala. Kedua-duanya tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka berdoalah kepada Allah, dirikanlah sembahyang sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu
[ Read More ]

Huraian Sukatan Pelajaran Dan Rancangan Pengajaran Tahunan Sains

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

 Kepada Guru-guru yang inginkan HSP dan RPT subjek sains sekolah rendah, bolehlah melawat ke ruangan

Disini terdapat HSP dan RPT untuk subjek Sains tahu 1 hingga 6 dan banyak lagi 
 



[ Read More ]

RANCANGAN MENGAJAR SAINS TAHUN 6

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Berikut adalah Rancangan Pengajaran Harian Sains tahun 6 dengan tajuk "GERHANA MATAHARI". RPH

yang lengkap boleh diperolehi di    


[ Read More ]

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -



INGINKAN SOALAN PERCUBAAN UPSR 2011 ? KLIK PADA GAMBAR DIATAS UNTUK MASUK KE HALAMAN MUATURUN
[ Read More ]

Permainan Online

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Ceria Dunia Sains ada menyediakan permainan online. Klik pada halaman games untuk maklumat lanjut 



Klik pada icon untuk pergi ke halaman games
[ Read More ]

Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -


       Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
      Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
      Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
       Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
       Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
       Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
      Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sekian untuk renungan kita bersama
Sumber Artikel : http://www.pmn.gov.my
[ Read More ]

Tahukah anda ...

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -

Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.
Antara fakta sains yang menarik perhatian..

1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal

3. Jika anda menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, anda akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.

4. Anda tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau anda melakukannya sampai tak sadarkan diri,anda akan mulai bernafas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.


6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bongkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun

10. Untuk menguji keaslian mutiara, anda boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

11. Pasir jerlus  tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sukar untuk melepaskan diri dari pasir jerlus dan inilah yang menyebabkan kematian.

12 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

13 Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.
[ Read More ]

Posted by RIZAL BIN OSMAN on - -


Seronok belajar sains!

  
        Pembelajaran sains merupakan satu proses mengenali fenomena harian. Apa sahaja aktiviti yang kita lakukan setiap hari dan juga perkara yang berlaku di sekeliling kita, sudah pasti ada jawapannya melalui pembelajaran sains. Kita berjalan, berpeluh, atau sebarang proses yang berlaku di dalam badan manusia semuanya dipelajari dalam mata pelajaran sains. Seronok kan!
Jadi mata pelajaran Sains sebenarnya tidaklah susah sepertimana yang dijangkakan jika kita mampu mengaitkan aktiviti harian kita dengan pembelajaran sains. Di sekolah, selain belajar sains di dalam kelas, murid juga mempelajari sains dengan melakukan amali di makmal atau bilik sains yang disediakan. Melakukan amali sains membolehkan murid-murid memahami tentang sesuatu fenomena yang terjadi kerana murid dapat menyelidik dan melihat sendiri proses tersebut.

         Di sini terdapat beberapa tips atau perkara yang membolehkan murid memberi lebih tumpuan dan merasai keseronokan sewaktu melakukan amali sains;

• Sebelum melakukan sesuatu aktiviti: Murid perlu membuat rujukan dahulu tentang topik berkaitan aktiviti yang akan dijalankan. Dengan membuat rujukan, murid akan lebih bersedia dan teruja untuk melakukan eksperimen berbanding dengan murid yang tidak tahu dan tidak bersedia dengan apa yang akan dilakukan.

• Sewaktu di dalam makmal: Murid seharusnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada arahan guru sebelum melakukan eksperimen. Dengan ini, murid akan lebih faham dan melakukan eksperimen dengan lancar. Murid harus membaca objektif eksperimen yang dijalankan berulangkali. Ia membantu murid untuk lebih fokus ketika menjalankan eksperimen.

• Ketika eksperimen dijalankan: Beri tumpuan sepenuhnya dan jangan bergurau senda atau bercakap-cakap dengan rakan sekelas. Jika terdapat sebarang keraguan, hendaklah dirujuk kepada guru. Timbulkan rasa seronok dan sifat ingin tahu ketika melakukan eksperimen.

• Setelah selesai melakukan eksperimen: Pemerhatian harus dibuat berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar. Seterusnya cuba fikirkan dan kaitkan dengan teori mengapa terjadinya demikian. Keputusan atau data eksperimen hendaklah dicatatkan dengan jujur tanpa mengubahnya. Ini penting untuk mencapai kepuasan murid membuat eksperimen.

Murid-murid seharusnya mengikuti langkah-langkah di atas bagi menanamkan rasa seronok mempelajari matapelajaran sains. Sains itu mudah, sains itu menarik, sains itu melambangkan kejayaan manusia menerokai dan mengenali fenomena harian yang berlaku pada diri kita. Selamat mencuba!

Sumber :http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2009&dt=0323&pub=DuniaPendidikan&sec=Motivasi&pg=mo_01.htm 

[ Read More ]