Banner 468

NOTA

NOTA GERHANA MATAHARI

KEJADIAN GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari. Oleh itu bayang bulan akan menutup cahaya matahari
  
Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

 gambar 1:kejadian gerhana matahari
Kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari semasa kejadian Gerhana Matahari

 Gambar 2: kedudukan bumi,bulan dan matahari semasa kejadian gerhana matahari 


Fenomena Umbra dan Penumbra
 Gambar 3: Kedudukan matahari,bulan dan bumi semasa kejadian gerhana matahari 

Bayang akan terbentuk apabila sesuatu objek berada di hadapan satu sumber cahaya. Contohnya sewaktu kita berada di bawah sinaran lampu jalan raya. Apabila diamati pada bayang tersebut, terdapat dua jenis bayang terbentuk; satu bayang gelap yang digelar umbra, dan satu bayang separa gelap yang digelar penumbra.

Konsep yang sama berlaku apabila bulan melintasi di hadapan matahari (rujuk rajah di sebelah). Kelihatan  lokasi di bumi yang termasuk dalam bayang umbra dan ada yang termasuk dalam bayang penumbra. Sesiapa yang berada dalam bayang umbra akan melihat gerhana matahari penuh berlaku dan sesiapa yang berada dalam bayang penumbra, mereka akan melihat gerhana matahari separa sahaja.


Fasa gerhana matahari
 Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
 
Gambar 4: Gerhana Matahari analus/Separa

 Gambar 5: Gerhana Matahari Penuh 
 Gambar 6: Gerhana Matahari Cincin


 Gambar 7 : Fasa kejadian Gerhana Matahari mengikut turutan